Langkau ke kandungan
Kini Gemini dilengkapi perlindungan data tambahan. Sembang dengan Gemini untuk menjimatkan masa, memeribadikan pembelajaran dan menginspirasikan kreativiti.
Kini Gemini dilengkapi perlindungan data tambahan. Sembang sekarang.

Google Workspace for Education Fundamentals

untuk pengajaran dan pembelajaran

Education Fundamentals ialah set alatan yang selamat dan mudah digunakan — tersedia tanpa kos — yang membantu untuk meningkatkan kerjasama, produktiviti dan pengurusan kelas.

Rancang dan bezakan dengan lebih pantas menggunakan alatan AI tanpa kos untuk pendidik

Google Workspace for Education menyertakan akses kepada alatan AI yang canggih - seperti Gemini for Education, NotebookLM dan Gemini dalam Classroom - tanpa kos. Keupayaan lanjutan tersedia dengan Education Plus dan alat tambah yang terpilih.

A teacher stands in a classroom, smiling at a laptop displaying a Gemini chat bubble asking for a lesson plan.

Gemini for Education

Rancang pelajaran, peribadikan pembelajaran dan jalankan tugas harian dengan lebih pantas dengan bantuan Gemini, pembantu AI anda untuk pendidikan.

Example of NotebookLM user interface with an image of a smiling man in a suit

NotebookLM

Fahami apa-apa sahaja dengan NotebookLM, rakan kongsi penyelidikan dan pemikiran peribadi anda yang dikuasakan AI, hanya berdasarkan sumber yang anda berikan.

Automasikan kerja yang rumit dengan ejen AI pintar menggunakan Google Workspace Studio

Buat, urus dan kongsi Ejen AI secara terus dalam Google Workspace – dikuasakan oleh Gemini.

Buat persediaan untuk setiap mesyuarat

Hadir ke setiap mesyuarat atau kumpulan belajar dalam keadaan bersedia menggunakan ejen yang meringkaskan butiran mesyuarat akan datang, tarikh akhir yang penting, hadirin dan lampiran serta menyampaikan maklumat kepada anda melalui Chat.

Terjemahkan item tindakan

Dapatkan item tindakan mesyuarat, terjemahkan dan kongsi item tersebut dengan pasukan anda secara automatik dengan ejen dalam Google Workspace. Ciri ini membolehkan pemimpin sekolah menjana dan mengedarkan nota yang diterjemahkan untuk memastikan semua orang mengetahui langkah seterusnya tanpa mengira bahasa pertuturan mereka.

Labelkan e-mel keutamaan secara automatik

Jimatkan masa dengan ejen yang menapis e-mel anda untuk memaparkan keutamaan yang penting, mengekstrak tugasan yang boleh diambil tindakan dan tarikh tamat. Hal ini membolehkan pentadbir mengasingkan tarikh akhir pematuhan yang sensitif masa dan permintaan kelulusan belanjawan dengan serta-merta.

Simpan lampiran pada Drive

Kurangkan tugasan manual dengan ejen yang menyimpan lampiran e-mel secara automatik pada folder Drive dan merekodkan lampiran tersebut dalam Sheets – semuanya tanpa meninggalkan Gmail. Bayangkan pendidik menyimpan slip kebenaran yang ditandatangani secara automatik pada folder yang selamat sambil mengemaskinikan senarai daftar kelas dengan serta-merta.

Daftar di sini untuk mendapatkan kemaskinian, cerapan, sumber dan pelbagai lagi.